![]() |
|
![]()
|
PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH SETERUSNYA.
Pembinaan bangunan kedua mula didirikan pada bulan Oktober 1968 berserta dengan sebuah rumah guru dan sebuah dapur sekolah. Pembinaan ini diketuai oleh Awang Bua bin Sambang selaku Ketua Kampong Merangking ketika itu. Semua perbelanjaan bangunan ini telah mendapat bantuan dari Jabatan Pelajaran berjumlah $2,000.00. Segala pembinaan mendapat bantuan daripada orang-orang kampong yang diketuai oleh ketua kampong sendiri. Pada 01.01.1969 bangunan sekolah sementara ini mula digunakan oleh kanak-kanak untuk belajar. Keramaian guru pada masa itu hanyalah dua orang iaitu Cikgu Ibrahim bin Md Zain (Guru Besar) dan Cikgu Noorashid bin Abdullah (Guru Penolong). Manakala keramaian murid pula seramai 49 orang iaitu 27 orang lelaki dan 22 orang perempuan. Keadaan Fizikal Bangunan Sekolah, Rumah Guru dan Dapur Sekolah.
Bangunan sekolah ini beratapkan zink, dinding papan dan berlantaikan tanah yang berukuran 60’ x 25’. Bangunan ini mempunyai 4 bilik darjah.
Bangunan ini dibina berjumlah dua unit dengan beratapkan zink, berdinding dan berlantaikan papan berukuran 30’ x 24’. Hanya darjah 1 dan 2 sahaja.
Bangunan ini beratapkan zink, berdinding papan dan lantai papan yang berukuran 30’ x 12’.. Luas Kawasan ialah 5 Ekar |
Perkembangan Sekolah Tahun 70-80an Perkembangan Sekolah Tahun 90an
|