Selamat Datang Ke Halaman Web

Sekolah Rendah Merangking, Ulu Belait

 

 

RENTITAN PERISTIWA PERKEMBANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SEJAK TAHUN 1970 HINGGA TAHUN 1980 AN

 

Sejak pembinaan sekolah ini bermula tahun 1968 dan 1969 beberapa perkembangan dan kemajuan telah dibuat terutama penambahan dan pengubahsuaian bangunan yang sedia ada bagi menampung keperluan semasa khasnya bagi murid-murid dan guru-guru yang mengajar disekolah ini.

Penambahan dan pengubahsuaian itu melibatkan beberapa perkara iaitu:-

1.      Tahun 1972                 

Bangunan sekolah sebelum ini tidak berlantai telah diberi lantai papan dengan peruntukan $500.00 dari Jabatan Pelajaran dan diusahakan oleh penduduk-penduduk kampong pada masa itu.

2.      Tahun 1972

Pembinaan Mini Grand Stand yang diusahakan oleh orang-orang kampong. Pengubahsuaian ini berlanjutan sehingga tahun 1985 yang berukuran 60’ x 14’

3.      Tahun 1973

Tambahan 3 buah bilik darjah dengan peruntukan sebanyak $1,500.00 dari Jabatan Pelajaran.

4.      Tahun 1974

Tambahan sebuah rumah guru 1 unit dari Jabatan Pelajaran yang berukuran 30’ x 25’

Sekolah Rendah Merangking Tahun 70an

Sekolah Rendah Merangking Tahun 1980an  

5.Ogos 1979             

Tambahan sebuah bilik bagi kegunaan Pejabat Guru Besar dan digunakan hingga pada masa ini.

6.  Nov. 1979

Tambahan pembinaan rumah guru 2 unit melalui peruntukan Jabatan Pelajaran yang berukuran 48’ x 33’.

7.  Jun 1981

Pembinaan stor 2 unit melalui Peruntukan Kementerian Pendidikan yang berukuran 24’ x 10’

8.  Okt 1984

Pembinaan sebuah tandas bagi kemudahan murid-murid dan guru sebanyak 6 pintu melalui Peruntukan Kementerian Pendidikan yang berukuran 16’ x 3½’.

9.  Jun 1985

Tambahan 3 buah bilik darjah  telah diiklankan oleh JKR Kuala Belait dan masih dalam pemprosesan pihak yang berkenaan Pembinaan bilik tambahan ini siap pada 14 Ogos 1986 dan mula digunakan pada hari Isnin 18 Ogos 1996

2 unit Rumah Guru Kelas F Tahun 1990

 

Home

Sejarah Sekolah

Pembinaan Sekolah

Perkembangan Sekolah Tahun 70-80an

Perkembangan Sekolah Tahun 90an

Profail Sekolah