![]() |
|
![]()
|
SEJARAH SEKOLAH PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH SEMENTARA PERTAMA.
Pembinaannya bermula dalam bulan Jun 1967 berserta sebuah rumah guru dan sebuah dapur sementara turut didirikan. Pembinaan bangunan ini adalah atas kerjasama penduduk kampong secara gotong-royong yang diketuai oleh Awang Teradi bin Orang Kaya Pemanca Bugal bersama Awang Bua bin Sambang.
Keadaan struktur bangunan sekolah ketika itu adalah beratapkan daun, berdindingkan kulit kayu dan berlantaikan tanah. Sementara rumah guru pula beratapkan daun berdindingkan kayu dan berlantaikan kulit kayu kapor. Manakala dapur sekolah beratapkan daun berdindingkan pelapah rumbia dan berlantaikan batang pinang.
Dalam pembinaan bangunan sementara ini perbelanjaannya adalah ditanggung oleh penduduk-penduduk kampong sendiri.
Pada 01.01.1968, bangunan sekolah pertama mula digunakan oleh murid-muird belajar. Dalam persekolahan pertama itu hanya terdapat dua bilik darjah dengan keramaian murid berjumlah 47 orang dimana murid lelaki seramai 26 orang dan murid perempuan seramai 21 orang. Manakala tenaga pengajar hanya dua orang sahaja iaitu Cikgu Md Said bin Idris selaku Guru Besar dan Cikgu Ramle bin Dagong sebagai Guru Penolong.
Bangunan sekolah pertama ini tidak kekal. Pada 06.08.1968 bangunan ini mendapat musibah. Ia telah runtuh akibat tiupan angin kencang yang melanda bangunan sekolah tersebut. Oleh kerana sekolah tersebut rosak maka persekolahan telah ditutup buat sementara
|
Perkembangan Sekolah Tahun 70-80an Perkembangan Sekolah Tahun 90an
|