SEKAPUR SIRIH

2006 © Hak Cipta Terpelihara.

Sekolah Rendah Anggerek Desa Brunei II,

Berakas BB3713,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Webmaster: sr.anggerek_desa@yahoo.com

Kemaskini pada 28 Jun 2006

 

Hjh Taibah Hj Ahmad

GURU BESAR

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah, dengan izinnya jua Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan melalui Kementerian Pendidikan telah berjaya meluaskan penggunaan “Information Communication & Technology”  (Teknologi Maklumat & Perhubungan)  dari peringkat sekolah rendah lagi.

 

Dalam memanfaatkan apa jua kemudahan yang ada ke tahap maksima, alhamdulillah dengan kerjasama semua yang terlibat yang diketuai oleh guru sukarela yang pernah bertugas di sekolah ini (Cikgu Abdul Rashid bin Haji Tahir) dan guru pembantu ICT (Cikgu Yussop bin Haji Jais), Sekolah Rendah Anggerek Desa telah berjaya melahirkan laman webnya.

 

Laman web ini memaparkan profil, sejarah dan kegiatan semasa sekolah ini. Semoga dengan lahirnya laman web ini ianya dapat menyumbangkan apa jua kemanfaatan kepada pengguna yang berminat di mana saja mereka berada.

 

Akhirnya, tahniah yang setingginya saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT membalas jasa dan usaha ikhlas biskita. Saya doakan  agar kita sentiasa dikurniakan taufik, hidayat serta rahmatnya dalam meneruskan perjuangan pendidikan dalam era ICT ini.

 

Wassalam dan salam hormat.

 

 

Hajah Taibah binti Haji Ahmad

GURU BESAR

Sekolah Rendah Anggerek Desa.

1 Julai 2006, hari Sabtu