|
PROGRAM
"ORT" - OXFORD READING TREE
SEKOLAH
RENDAH DATO MARSAL, BRUNEI IIA
OXFORD READING
TREE (ORT) adalah satu Program Kementerian Pendidikan melalui Jabatan
Sekolah-Sekolah yang telah melibatkan Sepuluh buah Sekolah-Sekolah Rendah
di Kawasan Brunei IIA. Sekolah Rendah Dato Marsal telah dipilih dan dilantik
sebagai Pusat Peminjaman Buku-Buku OUP bagi sekolah-sekolah Rendah dikawasan
Brunei IIA, dalam usaha pihak Kementerian memudahkan dan melancarkan lagi
sistem pengawasan bagi peminjaman buku-buku tersebut.
- Oxford Reading Tree Fiction
Super Easy Pack (40 Tajuk termasuk Teacher's Handbook dan Cards Pack)
- Oxford Reading TreeTops
Non-Fiction Super Easy Pack (11 Tajuk dan 11 Graded Reading Cards)

Tujuan
- Membantu meningkatkan
penggunaan buku-buku bacaan dalam Bahasa Inggeris yang sesuai bagi murid-murid
sekolah rendah.
- Membantu mempelbagaikan
lagi buku-buku bacaan dalam Bahasa Inggeris yang terdapat di perpustakaan-perpustakaan
sekolah rendah.
- Menanamkan minat suka
membaca buku-buku Bahasa Inggeris di samping dapat meningkatkan penggunaan
dan pemahaman bahasa Inggeris dalam percakapan dan perbualan murid-murid.
Objektif
- Memperkenalkan dan menambah
satu lagi program membaca mengikut sistem "Peringkat" atau "Stages"
(Stage 1 to Stage 16)
- Menambah sumber bacaan
bagi kegunaan Guru-Guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris
terutamanya dalam pengajaran bacaan bahasa Inggeris.
- Menunjukkan cara pembacaan
yang betul dengan kaedah pembacaan yang lebih bersistematik.
- Menanamkan minat suka
membaca terutama bacaan dalam Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid
dari peringkat rendah bawah hingga peringkat rendah atas.
- Mendedahkan murid-murid
dengan satu kaedah pembacaan yang lebih menyeronokkan.
Inisiatif
JSS
Satu bengkel
pengenalan dan penggunaan OUP/ORT books bagi beberapa guru di Kawasan
Brunei IIA telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Sekolah-Sekolah pada:
Tarikh: 7 Ogos 2008 bersamaan 5 Syaaban 1429 Hijrah Hari: Khamis
Tempat: Bilik
As-Syuura, Sekolah Rendah Dato Marsal, Brunei II A.
Ahli
Jawatan Kuasa ORT
- Penasihat Cikgu Dk Hjh
Jabaidah binti Pg Hj Sulaiman (GB)
- Pengerusi Cikgu Mohd Shari
bin Hj Abd Kahar (PGB I)
- Timbalan Pengerusi Cikgu
Siti Hayon binti Hj Jumat (PGB II)
- Setiausaha Cikgu Susilawati
binti Japri
- Ahli Cikgu Pg Aslenawati
binti Pg Hj Saidi (Thn 3) (Ketua Rendah Bawah)
- Cikgu Mas Nurul Faaizah
binti Hj Mas Farhan (Pra)
- Cikgu Khairuddin Syah
bin Zainuddin (Thn. 1)
- Cikgu Norzirwah binti
Hj Abd Wahab (Thn. 2)
- Cikgu Norhasrinah binti
Hj Lilah (Ketua Rendah Atas)
- Cikgu Ummu Hani binti
Hj Emran (Thn. 5)
- Cikgu Hjh Jamilah binti
Hj Muhammad (Thn. 6) Guru-Guru
Pengawas Setiap Sekolah
Pelaksanaan
Taklimat Peraturan
dan Tatacara Peminjaman dan Pemulangan Buku-Buku Oxford Reading Tree (ORT)
kepada guru-guru pengawas setiap sekolah telah dijalankan pada 9 September
2008 di Sekolah Pusat.
Guru pengawas
dari setiap sekolah bersetuju untuk menyediakan dan menghantar laporan
penggunaan buku-buku ORT dalam tempoh 3 bulan sekali ke Sekolah Pusat
bagi tujuan pemantauan pelaksanaan di Sekolah masing-masing.
Sekolah pusat
menyediakan dan membekalkan beberapa buku panduan bagi kegunaan guru-guru
dalam pelaksanaan buku ORT, seperti:
- ORT - A Guide for teaching
children who are learning English Teacher's Handbook Stages 1-9 Senarai
Buku ORT "Fiction Super Easy Pack"
- "Treetops Non-Fiction
Super Easy Pack"
Sekolah-sekolah
melaksanakan beberapa perancangan kearah pelaksanaan program tersebut
seperti:
- Pemilihan dan pembentukan
komiti ORT di sekolah masing-masing
- Penyusunan jadual peminjaman
dan pemulangan disetiap sekolah : Merancang dan mengadakan "in-house
workshop" iaitu cara penggunaan buku-buku ORT dalam pengajaran bacaan
bagi guru-guru yang terlibat dalam program ORT ini.
- Bagi tujuan di atas sekolah-sekolah
telah meminjam beberapa buah buku ORT dan "Big Talkabout Cards" sebagai
pengenalan dan penerangan cara pengunaannya.
Sekolah-sekolah
memulakan pelaksanaan program ORT sepenuhnya di sekolah masing-masing
bermula pada Bulan Januari tahun 2009.
Manfaat
kepada sekolah
- Sekolah-sekolah dapat
menambah satu lagi progam bacaan yang menjurus kepada pembacaan yang
bahasa penghantarnya bahasa Inggeris.
- Berusaha dalam merealisasikan
hasrat kerajaan dan Kementerian Pendidikan dalam Dasar Akademik Pendidikan
yang memfokus kepada empat bidang iaitu literasi, numerasi, ICT dan
kemahiran berfikir.
- Membantu Guru-Guru dalam
meningkatkan usaha mereka yang ingin melihat murid-murid pandai membaca
terutama buku-buku dalam bahasa Inggeris.
Harapan Sekolah
Supaya program "ORT" akan aktif dan dilaksanakan di semua sekolah khususnya
Kawasan Brunei IIA Dapat meningkatkan kualiti membaca dengan lebih baik
dan menyeronokkan.
|