SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL Negara Brunei Darussalam

"Kegigihan asas Kecemerlangan"

 

  • Contact:
  • Guru Besar : +673 2 334494
  • P. Guru Besar / Kerani : +673 2 334495
  • Fax : +673 2 334496
  • Email: srdm@moe.edu.bn

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JAWATANKUASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL, BRUNEI II (A)

PENASIHAT: CIKGU HJ SULAIMAN BIN HJ JAPAR KANSELOR LAWATAN BKBBK KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PENGERUSI: CIKGU DK HJH JABAIDAH BTE PG HJ SULAIMAN GURU BESAR SR DATO MARSAL, BRUNEI II (A)

TIMBALAN PENGERUSI I: CIKGU MOHD SHARI BIN HJ ABD KAHAR PEN. GURU BESAR I SRDM

TMBALAN PENGERUSI II: CIKGU SITI HAYON BIN HJ JUMAT PEN. GURU BESAR II SRDM

PENYELARAS: CIKGU HJH RAFEAH BTE HJ MOHD SALLEH GURU KANAN AKADEMIK, SRDM

KETUA: CIKGU HAMDANI BIN HJ SALLEHUDDIN PEMBANTU KANUSELOR, SRDM

PENOLONG: CIKGU NAEMAH BTE HJ KARIM

AHLI-AHLI: USTAZ ROZIMIN BIN HJ ABD RAHIM

CIKGU DY AMIT BIN WANCHI

CIKGU RUSINAH BTE IBRAHIM GURU-GURU DARJAH 6 GURU PENYELARAS DARJAH-DARJAH PROGRAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN SEKOLAH (PBS) SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL, BRUNEI II (A) 2009

PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling, adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan, pelajar di didik atau di bimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap pelakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak negara. Proses ini juga memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar dapat mengubah sikap atau tabiat yang tidak baik. Misalnya pelajar ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu.

Murid merupakan elemen atau asset penting dalam Negara dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Pembangunan Negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala-gejala negatif yang boleh mempengaruhi moral seorang pelajar. Perkara ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan pembaziran sumber manusia yang sangat beharga. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat ini, dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah rendah lagi.

Ini boleh dicapai melalui perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan. Memberi bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa, dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

Unit Bimbingan Sekolah akan terus berusaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah perlu bagi melahirkan rakyat Brunei yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

RASIONAL

Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.

ISU-ISU

Pelajar tercicir dan kurang mendapat perhatian daripada ibubapa Pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti melanggar peraturan, merokok, pemugut, peras ugut dan buli. Pelajar tidak menunjukkan kesungguhan dan minat terhadap pelajaran. Pengurusan diri dan masa yang tidak teratur

OBJEKTIF

Membentuk pelajar yang berketrampilan dalam bidang akademik. Membina disiplin atau sikap yang positif dan komited terhadap pelajaran. Mengurus isu dan masalah pelajar serta mengembangkan bakat dan potensi pelajar melalui aktiviti bimbingan yang terancang dan sistematik.

PROGRAM AKADEMIK

Program akademik akan fokus kepada usaha mengembangkan kecerdasan emosi pelajar, meninggikan motivasi dan membina kesedaran pentingnya pelajar mencemerlang diri dalam akademik

SASARAN JANGKA PENDEK

1. Semua pelajar Darjah 6.

2. Jangka masa ialah 9 bulan. Dari bulan Januari hingga September 2009.

SASARAN JANGKA PANJANG

1. Semua pelajar Darjah 4 dan 5.

2. Sepanjang tahun.

STRATEGI

1. Mengenal pasti murid-murid yang:

  • Tercicir dan kurang mendapat perhatian daripada ibubapa
  • Mempunyai tahap disiplin dan akhlak yang rendah
  • Berpencapaian rendah, sederhana dan cemerlang dalam akademik.

2. Mengadakan program meningkatkan motivasi dan kemahiran belajar.

3. Konsultasi murid berpencapaian rendah, sederhana dan cemerlang.

4. Konsultasi masalah disiplin dan akhlak pelajar

5. Pemantauan melalui jadual yang dirancang dan ujian berkala yang dijalankan.

6. Memantau disiplin dan membina sikap yang positif terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

7. Mengadakan taklimat/sesi kongsisama pemedulian pembelajaran anak-anak bersama ibubapa dan penjaga murid.


Sekolah Kami / Our School

Maklumat Pentadbiran / Administrative information

Division / Unit

Kurikulum / Curriculum