SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL Negara Brunei Darussalam

"Kegigihan asas Kecemerlangan"

 

  • Contact:
  • Guru Besar : +673 2 334494
  • P. Guru Besar / Kerani : +673 2 334495
  • Fax : +673 2 334496
  • Email: srdm@moe.edu.bn

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RADIO SRDM @ CERIA 2006

PENGENALAN

Radio Sekolah adalah program yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Beberapa orang guru telah di hantar untuk mengikuti bengkel tersebut. Kemudian program ini telah dibengkelkan kepada guru-guru untuk mendedahkan kemanfaatan radio sekolah kepada warga sekolah khususnya pelajar, guru dan juga ibubapa/penjaga. Pada tahun 2004 hingga kini radio sekolah SRDM ujud dengan nama @CERIA fm.

SEJARAH RINGKAS PENERBITAN RADIO SEKOLAH @ CERIA

Radio sekolah adalah suatu media komunikasi yang menyampaikan segala maklumat yang meliputi semua bidang pengajian iaitu dari aspek kurikulum dan kokurikulum sekolah. Melalui penerbitan radio sekolah [@CERIA fm], para guru di sekolah ini dapat mencungkil dan mengasah bakat-bakat yang terpendam di kalangan pelajar. Di samping itu juga , pelajar-pelajar berpeluang menunjukkan bakat masing-masing seperti bakat juruhebah , pencerita, pelakon dan sebagainya. Selain daripada itu radio sekolah juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan komunikasi di kalangan para pelajar. Secara keseluruhan, konsep bagi radio sekolah ini lebih kepada menyampaikan maklumat yang terkini kepada para pelajar tentang apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku di sekolah ini sambil menyampaikan ilmu-ilmu pengetahuan dan info-info semasa dan pendidikan yang berguna kepada rakan-rakan yang lain. Di samping mereka dapat mengembangkan minda mereka, mereka juga dapat mendengar pelbagai segmen-segmen yang telah dirancang dan berhibur dengan lagu-lagu nasihat yang diputarkan. Segmen dan intipati radio sekolah yang diterbitkan lebih menjurus ke arah bidang pendidikan yang berteraskan kurikulum dan kokurikulum pendidikan. Sebagai langkah percubaan, pada awal bulan Ogos tahun 2004 bermulalah siaran pertama penerbitan radio sekolah yang mana radio sekolah ini dinamakan sebagai "@CERIA fm". Segmen-Segmen dalam @CERIA fm adalah: ¢ Berita pelajar ¢ Sudut Bakat ¢ Sudut Info Semasa ¢ Sudut Agama ¢ Sudut Ucap Tahniah dan Harijadi ¢ Sudut Kuiz ¢ Sudut Cerita Pendek / Puisi / Syair / Pantun Penyiaran penerbitan radio sekolah ini bersiaran sebulan sekali pada setiap hari sabtu minggu keempat.

PELANCARAN RADIO SEKOLAH @CERIA fm

Pada 8 Julai 2006, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dengan rasminya telah melancarkan "Radio Sekolah SRDM - @CERIA fm" sempena lawatan kerja Ke Kementerian Pendidikan.

TUJUAN PENERBITAN RADIO SEKOLAH SRDM @CERIA fm

Sebagai medium bagi para guru mencungkil dan mengasah bakat-bakat penyampai maklumat di kalangan pelajar di sekolah ini " Sebagai saluran yang berguna bagi para pelajar untuk mengembangkan bakat dan ide bernas mereka dalam melaksanakan radio sekolah tersebut. " Sebagai pentas latihan dalam melatih pelajar yang terlibat untuk petah bercakap dihadapan umum dan bertutur dalam Bahasa Melayu baku dan juga Bahasa Inggeris yang betul dan jelas. " Sebagai mengasah sifat berani di kalangan pelajar untuk tampil ke hadapan bercakap bagi menyampaikan maklumat di khalayak umum " Sebagai salah satu kegiatan yang berguna dalam mengasah kemahiran komunikasi di kalangan pelajar-pelajar di sekolah.

JADUAL dan PELAKSANAAN

Sebagai salah satu medium yang tidak kurang pentingnya dalam menyampaikan maklumat info semasa dan terkini bagi sekolah ini, saluran ceria bersiaran selama 30 minit sekali dalam setiap bulan. " Siaran bermula pada pukul 10.00 - 10.30 pagi (sepanjang waktu rehat). " Siaran dipancarkan di kawasan lapang blok pentadbiran Sekolah Rendah Dato Marsal " Pada masa ini saluran @CERIA fm akan bersiaran secara istemewa sebagai tambahan siaran pada hari-hari kebesaran Negara Brunei Darussalam seperti Awal Muharram, Hari Kebangsaan, Maulid Nabi SAW, Hari Keputeraan KDYMM Sultan, Israk Mikraj dan Hari Raya Puasa. " Ahli Jawatankuasa juga bersedia untuk menyediakan siaran tambahan bagi lawatan-lawatan dari luar negara untuk memperkenalkan radio sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian sebagai kongsi-sama di antara kedua pihak.

RANCANGAN PERKEMBANGAN PELAKSANAAN BAGI TAHUN-TAHUN AKAN DATANG

Saluran @CERIA fm berusaha untuk memperbaiki beberapa segmen dan juga memperkenalkan segmen baru bagi Radio SRDM. Perubahan-perubahan ini adalah bagi memastikan kejituan isi kandungan setiap segmen yang ke udara pada setiap kali siaran dipancarkan. Di samping itu juga untuk mengimbangi perkembangan Saluran @CERIA fm selaras dengan perkembangan minda di kalangan pelajar dan juga penggunaan teknologi moden yang terdapat di sekolah ini. Segmen-segmen yang dirancang juga lebih kepada membentuk insan pelajar secara menyeluruh bukan sahaja dari segi akli tetapi rohani dan juga jasmani. Di antara segmen-segmen yang ke udara pada saluran @CERIA fm nanti adalah: " CERIA@10 " Pedoman @CERIA " Tahukah Kawan-Kawan " Khazanah Brunei @ CERIA " Bakat CERIA " Cerita pendek versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris " IT@CERIA " Kuiz @CERIA Penyampai-penyampai pelapis di kalangan pelajar telah di latih dari kalangan PELAJAR Tahun 2 dan 3.

IMPAK RADIO SEKOLAH

Tidak juga dinafikan bahawa Radio Sekolah saluran @CERIA fm telah memberi sedikit sebanyak impak positif kepada para pelajar dan juga sekolah keseluruhannya. Di antara kesan-kesan positif adalah: " Pihak sekolah telah dapat mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan pelajar , melatih mereka untuk petah bercakap dan meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap dan berhujah dikhalayak ramai. " Penyertaan di kalangan pelajar sangat memberangsangkan terutama dalam menyertai kumpulan penyampai Saluran @CERIA fm. Para penyampai yang dipilih bukan sahaja dari kalangan pelajar cemerlang dalam akademik bahkan kepada semua peringkat pelajar dengan segmen yang bersesuaian pada tahap kebolehan mereka. " Meningkatkan kemahiran mendengar dengan teliti, berfikir untuk memberi tindakbalas dikalangan pelajar. Di antara segmen yang diudarakan memerlukan pelajar untuk mendengar dengan teliti dan berfikir secara spontan dalam menjawab soalan-soalan kuiz dan sebagainya. " Menanamkan sikap berpasukan dan kerjasama serta tolong menolong dikalangan pelajar yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan setiap segmen yang telah dirancang. " Melatih dan memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang sesama rakan sambil mengeluarkan ide-ide yang bernas bagi memantapkan setiap segmen yang akan disiarkan pada masa hadapan.

KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan semua, agar radio sekolah SRDM [@CERIA fm] akan dapat dipertingkatkan dengan aktiviti-aktiviti akademik maupun kokurikulum.Kerjasama padu dari semua yang terlibat akan dapat melahirkan pelajar SRDM yang cemerlang dan menjadi kebanggaan sekolah serta ibubapa / penjaga.


Sekolah Kami / Our School

Maklumat Pentadbiran / Administrative information

Division / Unit

Kurikulum / Curriculum