SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL Negara Brunei Darussalam

"Kegigihan asas Kecemerlangan"

 

  • Contact:
  • Guru Besar : +673 2 334494
  • P. Guru Besar / Kerani : +673 2 334495
  • Fax : +673 2 334496
  • Email: srdm@moe.edu.bn

 

 

MISI SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL

Sekolah ini menyediakan suasana yang harmoni bagi memenuhi keperluan masyarakat yang menghendaki pendidikan asas yang berkualiti. Sekolah juga menyediakan keperluan yang seimbang dengan menggunakan metoda pengajaran dan alat pengurusan yang terkini untuk melahirkan murid-murid yang berguna dan berkualiti selaras dengan kehendak aspirasi negara.

MATLAMAT DAN POLISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Rendah Dato Marsal ialah untuk melahirkan murid-murid yang berpotensi melengkapi murid-murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran asas demi untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan seterusnya akan menjadi seorang dewasa yang bertanggungjawab sebagai bakal rakyat Negara Brunei Darussalam. Untuk mencapai matlamat tersebut polisi sekolah kita dirumuskan dengan objektif Pendidikan Negara Brunei Darussalam: 1. Murid-murid dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Keupayaan menguasi kedua-dua bahasa tersebut dapat digunakan sebagai bahasa pertuturan seharian. 2. Murid-murid akan dilengkapi dengan asas membaca, menulis dan mengira (3M) 3. Murid-murid akan mempunyai nilai-nilai murni serta kebudayaan tinggi selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. 4. Kegiatan luar sekolah akan diatur demi untuk perkembangan rohani, jasmani dan sentiasa menghargai keindahan seni. 5. Program perkembangan staf akan sentiasa diusahakan demi untuk mencapai mutu pendidikan yang cemerlang.

KOMITI PERINGKAT SEKOLAH

Apa dia Komiti Peringkat sekolah?

Ialah sekumpulan ahli-ahli sekolah yang sering membuat perbincangan mengenai dengan bagaimana cara yang khusus untuk mencapai keperluan pelajar.

Siapa dia ahli Komiti Peringkat Sekolah?

  • Guru Besar (Pengerusi)
  • Penolong Guru Besar (Pen.Pengerusi)
  • Guru SENA o Guru Darjah
  • Guru Matapelajaran(subjek)
  • Guru Pembantu Pembelajaran o Ibubapa / ahli keluarga terdekat
  • Ahli-ahli pakar
  • Wakil dari Unit Pendidikan Khas
Apa peranan Ahli Komiti?
  • Membincangkan rujukan setiap pelajar
  • Mengenalpasti murid yang berkeperluan khas

Apa Peranan Guru Darjah?

  • Memberikan informasi mengenai latarbelakang pelajar seperti tingkahlaku dan perkembangan sosial dan intelektual
  • Melaporkan keputusan Ujian dan Peperiksaan

Penyediaan Kertas Ujian

  • Guru SENA
  • Guru Pembantu SENA(Relief)

Subjek yang terlibat

  • Bahasa Melayu
  • Matematik Pengawas Ujian Saringan
  • Guru Darjah
  • Guru SENA
  • Guru Pembantu SENA(Relief)

Pemarkahan

  • Guru SENA

Laporan

  • Guru SENA

Pelajar yang berkeperluan Khas

Pelajar yang memerlukan keperluan khas ialah murid atau pelajar yang memerlukan perubahan kepada salah satu atau kesemua bidang yang dinyatakan dibawah ini:

  • Kurikulum
  • Tenaga pengajar atau kakitangan
  • Strategi pengajaran
  • Sumber dan bahan pengajaran
  • Kemudahan dan kelengkapan

Kategori murid berkeperluan Khas

  • Pelajar yang tidak berkemampuan untuk belajar
  • Pelajar pintar yang berbakat
  • Pelajar terencat akal yang ringan
  • Pelajar yang kelihatan lambat dalam bacaan, matematik dan akademik yang lain jika dibandingkan dengan rakan sebaya

Pelajar yang terencat akal yang sederhana

  • Pelajar ini mungkin tidak akan dapat menunjukkan pencapaian yang besar dalam akademik, tetapi berupaya untuk menafaatkan dari pengajaran yang berunsurkan kemahiran hidup atau vokasional.

Kecacatan dalam tingkahlaku dan Emosi

  • Pada umumnya konflik yang timbul diantara pelajar dan persekitaran boleh menyebabkan kecacatan kepada tingkahlaku
  • Tidak mengekalkan perhubungan rakan sebaya
  • Mempamerkan keseluruhan rasa dukacita dan tertekan
  • Mempamerkan tingkahlaku yang tidak sesuai dengan keadaan.
  • Mempamerkan kekerasan fizikal terhadap orang lain.
  • Kerosakan Pendengaran
  • Kerosakan Penglihatan
  • Kecacatan Bahasa dan Pertuturan
  • Downsyndrome
  • Gangguan Emosi
  • Autisme
  • Kecacatan Fizikal termasuk sistem urat saraf

Sekolah Kami / Our School

Maklumat Pentadbiran / Administrative information

Division / Unit

Kurikulum / Curriculum