Sekapur Sirih
 
 
 
 
Sekapur Sirih    Seulas Pinang






Bismillah Hirahman Nirahim


 
Alhamdulillah, Syukur Kehadrat Allah Subahanahu WaTaala kerana dengan izinnya jua dan atas keberkatan Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wassalam laman web yang mengandungi maklumat tentang Sekolah Rendah Pusar Ulak dapat dikongsi bersama.  Latar belakang dan aktiviti-aktiviti sekolah yang dirancang dan dilaksanakan oleh warga sekolah ini insya Allah akan didedahkan sebagai salah satu cara mengongsi maklumat dengan pihak awam khususnya ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar kerana keinginan ibu bapa bagi kejayaan masa depan anak mereka adalah misi kami.  Semoga dengan adanya laman web ini, ibu bapa/penjaga pelajar dan pihak yang berkenaan dapat mengikuti perkembangan sekolah ini.  Sebarang saranan bagi pembaikan laman web ini adalah dialu-alukan.


 Guru Besar

Hjh Salwati binti Hj Mohd Sulaiman.
Mula Bertugas: Januari 2008
Visi/Misi/Moto Statistik Warga Warga SRPU1 Warga SRPU2 Sejarah Sekolah Halaman Utama Akademik Sekolah ECA Sekolah Kemudahan 1 Kemudahan 2