LATAR BELAKANG PENUBUHAN  BANGUNAN SEKOLAH  	A) Pada tahun 1915  di rumah Cikgu Haji Ghafor.  	B) Pada tahun 1916 di rumah Pengiran Anak Haji         Mohammad.  	C) Pada tahun 1923-1925 di Bangunan Pejabat         Kerajaan.
SEJARAH AWAL SEKOLAH RENDAH SUAS MUARA            Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin Pekan Muara, ditubuhkan pada tahun 1932 dengan tenaga pengajarnya seramai 6 orang. Guru Besarnya pada masa itu ialah Cikgu Matnoor bin Masu. 	        Pada tahun 1944 – 1947 Sekolah Muara yang terletak di Pelabuhan Muara terpaksa di tutup dan dipindahkan di Kampong Sabun di atas sekeping tanah kepunyaan Awang Abd.Hadi. Ini disebabkan pendudukan Jepun di Asia Tenggara termasuklah Negara Brunei Darussalam.
     Tahun 1947 Sekolah Muara berpindah lagi ditapaknya yang baru iaitu di belakang Pejabat Daerah yang ada sekarang. 	 Bangunan kekal pertama di bina pada tahun 1951 dan telah siap pembinaannya dalam tahun 1953. Pembukaannya disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Omar Ali Saifuddin pada tahun 1953. Sejak tarikh itu sekolah itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Sultan Umar Ali Saifuddin yang mana sekarang di kenali dengan nama Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin.

© 2008 SR SUAS MUARA_MNHS1912

All Right Reserved