Teachers' Day Objective

MATLAMAT SAMBUTAN HARI GURU

 

Sambutan Hari Guru adalah bagi memperingati jasa dan bakti guru kepada masyarakat, bangsa, ugama dan negara. Secara khusus matlamat Hari Guru adalah:

  • Memberi penghormatan dan penghargaan khas kepada guru-guru bersara yang pernah berjasa kepada negara.
  • Meninggikan imej dan status serta mutu kerja profession keguruan di negara ini
  • Mendorong guru-guru untuk berkerja dengan penuh dedikasi terhadap profesion mereka dan memberi khidmat kepada masyarakat serta bersedia menambah dan memperbaharui pengetahuan dan kaedah pengajaran dari masa ke semasa.

 

Teachers' Day Background

LATARBELAKANG HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

Hari Guru Negara Brunei Darussalam diadakan setiap 23 September bermula pada tahun 1991. Tarikh 23 September, iaitu tarikh Keputeraan Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dipilih sebagai Hari Guru Negara Brunei Darussalam, untuk mengenang jasa dan sumbangan Almarhum dalam bidang pendidikan termasuk pendidikan agama.

Teachers' Day Fact Sheet

 

 

Teachers' Day Celebration Theme

TARIKH, TEMPAT DAN TEMA SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1991 - 2006

1991 - 23 September/15 Rabiulakhir 1412
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Guru Penyuluh Kesempurnaan Insan”
1992 - 23 September/26 Rabiulawal 1413
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Guru Teras Keunggulan Negara Dan Bangsa”
1993 - 23 September/7 Rabiulakhir 1414
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Guru Dedikasi Negara Terpuji”
1994 - 23 September/16 Rabiulakhir 1415
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Ketaqwaan Guru Asas Kesempurnaan Pendidikan”
1995 - 22 September/27 Rabiulakhir 1416
Istana Nurul Iman
TEMA : “Ke Arah Penglahiran Guru Ahlut Taqwa”
1996 - 23 September/10 Jamadilawal 1417
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Ke Arah Pembentukan Akhlak Mulia”
1997 - 23 September/15 Rabiulakhir 1412
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Guru Penyuluh Kesempurnaan Insan”
1998 - 23 September /2 Jamadilakhir 1419
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “ Mendidik Dengan Iringan Doa ”
1999 - 23 September / 13 Jamadilakhir 1420
Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “ Guru Cemerlang, Negara Gemilang”
2000 - 23 September / 23 Jamadilakhir 1421
Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah
TEMA : “Teknologi Info-Komunikasi Pemangkin Pendidikan Berkualiti”
2001 - 23 September 2001 / 5 Rejab 1422
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Guru Taqwa Mencorak Globalisasi”
2002 - 23 September 2002 / 16 Rejab 1423
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa
TEMA : “Guru Memperkasa Ke arah Kesempurnaan Insan”
2003 - 23 September 2003 / 26 Rejab 1424
Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam
TEMA : “Guru Ilmuwan Penjana Kemajuan”
2004 - 23 September 2004 / 8 Syaaban 1425
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
TEMA : “Pendidikan Bersepadu Masyarakat Bersatu”
2005 - 23 September 2005 / 20 Syaaban 1426
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
TEMA : “Guru Pengasas KejayaanKu”
2006 - 21 September 2006 / 28 Syaaban 1427
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
TEMA : “Guru Berkualiti Meningkatkan Daya Saing Bangsa”
2007 - 27 Oktober 2007 / 15 Syawal 1428
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
TEMA : “Guru Beriltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa”
2008 - 18 Oktober 2008 / 17 Syawal 1429
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
TEMA : “Guru Pembentuk Tunas Bangsa”
Teachers' Day Award Recipient

PENERIMA ANUGERAH HARI GURU 1991 - 2007

1991 - ANUGERAH GURU BERBAKTI
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Marsal bin Maun.

ANUGERAH GURU TUA
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Othman bin Bidin.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
Yang Mulia Cikgu Pengiran Haji Aji bin Pengiran Haji Serudin.
1992 - ANUGERAH GURU BERBAKTI
Yang DiMuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar.

ANUGERAH GURU TUA
Yang Mulia Cikgu Haji Awang Mohd Jaafar bin Maun.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
Yang Mulia Cikgu Dayang Hajah Rashidah binti Orang Kaya Periwara Abdul Rashid.
1993 - ANUGERAH GURU BERBAKTI
Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Cikgu Pengiran Haji Md Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim.

ANUGERAH GURU TUA
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Basir bin Taha.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
Yang Mulia Cikgu Awang Haji Thani bin Muhammad.
1994 - ANUGERAH GURU BERBAKTI
Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia DiRaja Sahibuil Bandar Cikgu Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Md Daud.

ANUGERAH GURU TUA
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Md Yassin bin Haji Metassim.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
Yang Mulia Cikgu Awang Haji Mokhtar bin Haji Md Yassin.
1995 - ANUGERAH GURU BERBAKTI
Yang Amat Mulia Pengiran Setia Jaya Cikgu Pengiran Haji Abd Momin bin Pengiran Othman.

ANUGERAH GURU TUA
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Noordin bin Abdul Latif.

ANUGERAH GURU CEMERLANG
(Tidak ada penerima).
1996 - ANUGERAH GURU BERBAKTI
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Mohd Hashim bin Haji Tahir.

ANUGERAH GURU TUA
(Tidak ada penerima).

ANUGERAH GURU CEMERLANG
Yang Mulia Cikgu Dayang Hajah Aishah binti Haji Md Yusof.
1997 - ANUGERAH GURU BERJASA
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Hussein bin Haji Yusof

ANUGERAH GURU CEMERLANG MATAPELAJARAN
Yang Mulia Cikgu Mr Venayagar Nadarajah
1998 - ANUGERAH GURU BERJASA
Yang Mulia Cikgu Awang Haji Sabtu bin Mohamad

ANUGERAH GURU CEMERLANG MATAPELAJARAN
Yang Mulia Cikgu Dayang Hajah Norzainah binti Haji Ering

ANUGERAH GURU CEMERLANG MATAPELAJARAN
Yang Mulia Cikgu Dayang Wong Siew Chook
1999 - ANUGERAH GURU BERJASA
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Hamdani bin Haji Abd Rahman

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Kegiatan Luar)
Yang Mulia Cikgu Awang Haji Ahmad bin Haji Hassan

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Geografi)
Yang Mulia Cikgu Dayang Jenny Wong
2000 - ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Komputer)
Yang Mulia Cikgu Haji Awg Yussof bin Haji Awg Mohammad

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Pendidikan Ugama)
Yang Mulia Cikgu Dyg Hajah Miri binti Haji Tejuddin @ Hjh Merry binti Haji Tajudin
2001 - ANUGERAH GURU BERJASA
Yang Mulia Cikgu Awg Haji Daud bin Serudin

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Pendidikan Khas)
Yang Mulia Cikgu Awg Samihon bin Haji Kechi @ Kachi

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bahagian Pelajaran Rendah)
Yang Mulia Cikgu Dyg Zaleha binti Pehin Orang Kaya Pekerma Sura Haji Abdul Manan
2002 - ANUGERAH GURU BERJASA
Yang Mulia Cikgu Awg Haji Yahya bin Ahmad

ANUGERAH GURU BERJASA
Yang Mulia Cikgu Awg Haji Muhammad Husain bin Zainal

ANUGERAH KHAS HARI GURU
Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Haji Abd Wahab bin Muhammad
Yang Mulia Cikgu Pg Haji Sharifuddin bin Pg Haji Sulaiman
Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Cikgu Awang Haji Md Yusof bin Md Tahir
Yang Mulia Cikgu Awang Haji Zainal bin Panjang

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Kesusasteraan Melayu)
Yang Mulia Cikgu Dyg Hajah Halimah binti Abdullah @ Teo Siew Lan

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Kaunseling)
Yang Mulia Cikgu Awg Ramli bin Haji Lahit

ANUGERAH HARI GURU (Dalam Bidang Feqah Munakahat)
Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Ustazah Dyg Hajah Aminah binti Haji Mohd Yassin
2003 - Penerima Anugerah Guru Berjasa
Yang MuliaAwg. Hj. Umar bin Muhamad,

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Orang Kaya Seri Wijaya Hj. Abdullah bin Pehin Datu Panglima Hj. Abu Bakar

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Awg. Hj. Taha @ Md. Taha bin Abd. Rahman

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Awg. Hj. Mohd.Noor bin Othman

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Awg. Hj. Mohd. Yassin bin Md. Yusof

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Pg. Hj. Mohd.Umar bin Pg. Hj. Sulaiman

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulian Pg. Hjh. Umi bte Pg. Idrus

Penerima Guru Cemerlang Keseluruhan
Yang Mulia Dyg. Hjh. Johanna bte Hj. Mohd. Isa
2004 - Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Awg. Hj. Marsal bin Hj. Hassan

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Pg. Dato Paduka Hj. Hidup bin Pg. Hashim

Penerima Anugerah Khas Hari Guru
Yang Mulia Pg. Hj.I smail bin Pg. Sulaiman

Penerima Anugerah Guru Cemerlang Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Yang Mulia Dyg. Hjh. Mastuyah bte Abd. Ghani

Penerima Anugerah Guru Cemerlang Dalam Bidang Pra Sekolah
Yang Mulia Dyg. Hjh. Saidah bte Mahali
2005 - Penerima Anugerah Guru Berjasa
Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Cikgu Haji Muhammad bin Abdul Rauf

Penerima-Penerima Anugerah Guru Bersara
Yang Mulia Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi

Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Mustapa bin Pengiran Haji Metassan

Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Suni bin Haji Idris

Yang Mulia Dayang Hajah Kadariah binti Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar

Penerima-Penerima Anugerah Khas Hari Guru

Yang Mulia Awang Haji Junid bin Penyurat Haji Pali

Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Akhbar

Yang Mulia Awang Haji Matamit bin Iradat

Yang Mulia Pengiran Haji Besar bin Pengiran Haji Ahmad

Penerima-Penerima Anugerah Guru Cemerlang (dalam bidang masing-masing)

Yang Mulia Dayangku Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Sulaiman

Yang Mulia Dayang Fatmah binti Haji Mahadi
2006 - Penerima Anugerah Guru Berjasa
  1. Yang Mulia Dato Paduka Cikgu Haji Kifli bin Bujang
  2. Yang Mulia Cikgu Dyg. Hajah Masura binti Haji Abidin
Penerima-Penerima Anugerah Khas Hari Guru
  1. Yang MuliaCikgu Awg. Haji Abdul Hamid bin Talipuddin
  2. Yang MuliaCikgu Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Sabtu
  3. Yang Mulia Datin Seri Setia Cikgu Hajah Kamaliah Suhaimi binti Haji Md. Fadzullah Suhaimi
Penerima-Penerima Anugerah Guru Cemerlang (dalam bidang masing-masing)
  1. Yang MuliaCikgu Awg. Hadion Lim Beng Guan (Dalam bidang Matematik)
  2. Yang MuliaCikgu Dyg. Sa’diah binti Haji Abdul Gapar (Dalam bidang English)
  3. Yang MuliaCigku Dyg. Shim Guek Lan (Dalam bidang Home Science)
  4. Yang MuliaCikgu Dyg. Hajah Masnah binti Haji Lusin (Dalam bidang Art & Design)
  5. Yang MuliaCikgu Dyg. Saliah binti Haji Kahar (Dalam bidang Sains bagi Menengah Bawah)
  6. Yang Mulia Cikgu Hajah Dyg. Jaini binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mohsin (Dalam bidang Pre-school)
2007 - Penerima-Penerima Anugerah Guru Berjasa 2007
  1. YM Cikgu Haji Abu Bakar Bin Haji Mohamad Salleh
  2. YM Cikgu Hajah Hajibah Binti Umar
  3. YM Cikgu Haji Ramlee Bin Tunggal
Penerima-Penerima Anugerah Khas Hari Guru 2007
  1. YM Cikgu Haji Abu Farhan Cadogan Edwards Bin Abdullah (87 Tahun)
  2. YM Cikgu Haji Abd Lahai Bin Lakim (79 Tahun)
  3. YM Cikgu Haji Awang Abdul Hamid Bin Pehin Datu Penglima Haji Abu Bakar (78 Tahun)
  4. YM Cikgu Haji Mohd Hassan Bin Sunggoh (79 Tahun)
Penerima-Penerima Anugerah Guru Cemerlang 2007
  1. Cikgu Dyg Hajah Isah binti Haji Ismail (Guru Cemerlang Keseluruhan)
  2. Cikgu Dyg Hajah Jainah binti Haji Musa (Guru Cemerlang Dalam Bidang Perbidanan)
  3. Cikgu Dyg Hajah Norisah bnti Haji Salleh (Guru Cemerlang Dalam Pengurusan dan Pentadbiran – Sekolah Rendah)
  4. Cikgu Awg Imbon bin Singgoh (Guru Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Geography)
  5. Cikgu Dyg Hajah Alimah binti Haji Ali (Guru Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Matematik – Rendah Bawah)
  6. Cikgu Pg Hajah Jauyah binti Pg Haji Damit (Guru Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu)