Objectives

Jabatan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia (JPSTM) beriltizam dan berkeyakinan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia Kementerian Pendidikan seperti yang dihasratkan di dalam misi Jabatan.

 

Antara matlamat utama JPSTM disenaraikan seperti berikut:

 

  1. Menyediakan analisa keperluan latihan (training needs analysis) yang bersistem dan boleh digunapakai.

  2. Menghasilkan program sumber tenaga manusia yang terancang, relevan dan berkualiti untuk kemajuan kerjaya selaras dengan keperluan Kementerian Pendidikan.

  3. Mempelbagaikan sumber dan strategi latihan melalui hubungan strategik dengan institusi-institusi profesional.

  4. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan Jabatan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia sebagai sebuah agensi yang berwibawa di dalam perkembangan, transformasi dan peningkatan imej profesi perguruan dan Kementerian Pendidikan sebagai sebuah organisasi yang profesional.

  5. Mempromosi suasana kerja yang kondusif melalui budaya kerja berpasukan dan pembelajaran melalui perkembangan organisasi (learning organization), perubahan minda dan pengurusan inovatif dalam penyampaian dan perkhidmatan. 

  6. Menanamkan nilai-nilai dan amalan etika kerja serta meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan dan keselamatan melalui program-program latihan.