20th September 2008


KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1429H / 2008M


Berakas, Sabtu, 20hb September 2008 - Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad Sallalahi Alaihi Wassalam. Nuzul Al-Quran memberi maksud penurunan ayat-ayat Al-Quranulkarim sebagai wahyu Allah Subhanahu Wataala kepada Nabi Muhammad Sallalahi Alaihi Wassalam melalui perantaraan malaikat Jibrail Alaihi Salam.

Bagi memperingati peristiwa tersebut, Kementerian Pendidikan melalui kelolaan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan dan Institut Teknologi Brunei, hari ini mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1429 hijrah / 2008 masehi yang mengambil tempat di Bilik Persidangan Utama (P1), Kementerian Pendidikan. Kira-kira 200 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan hadir memeriahkan majils ini yang juga bertujuan menjalin dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Pemangku Menteri Pendidikan.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan ceramah khas nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Dr. Ustaz Awang Haji Adi Zaky bin Haji Metassim, Pegawai Kaunseling dari Institut Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Md Daud bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

 

-TAMAT-


Disediakan oleh:
Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan
Lapangan Terbang Lama, Berakas
Negara Brunei Darussalam BB3510

No. Tel. : 2381301 / 2381606
No. Faks : 2381607